02/03/2016

Menjejak 'kehilangan' Sudirman

Keratan akhbar HM mengenai kematian Sudirman pada 22 Februari 1992

Kali terakhir hadir sidang akhbar Sudirman Haji Arshad pada Jun 1991. Majlis berlangsung di pejabatnya di Sri Hartamas di ibu negara antara lain Sudirman selaku pemilik Sudirman Production yang menerbitkan album solo Atai berhasrat menerbitkan pula album Uji Rashid dan Yusni Hamid (Datuk).

Selang seminggu kemudian, dunia hiburan tanah air menjadi gempar. Gempar kerana tiba-tiba Penghibur No 1 Asia itu hilang entah ke mana.

Pelbagai usaha dilakukan pihak media untuk menjejakinya sehinggalah timbul spekulasi Sudirman dikatakan lumpuh separuh badan (di bahagian kiri anggota) akibat penyakit misteri yang dihadapinya hinggalah ke tahap Sudirman dikatakan sudah meninggal dunia.

Tetapi di manakah dia dan apakah penyakitnya, inilah persoalan dilontarkan peminat pada wartawan ketika itu. Sebagai akhbar yang belum setahun jagung, Harian Metro (HM) tidak mahu tercicir untuk turut menjejaki di manakah Sudirman disembunyikan keluarganya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net