15/02/2016

‘Datang sini nak tengok bola’


JOHOR BAHRU - Dua lelaki yang telah berkahwin, antara 16 orang yang ditahan kerana disyaki berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) tengah malam kelmarin.

Mereka dicekup menerusi Ops Mawar Merah yang dijalankan Jainj sempena Hari Velentine di sekitar Skudai, di sini.

Dalam operasi berkenaan, sepasang kekasih yang mendakwa hampir mendaftar keluar selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih di televisyen, tergamam apabila bilik yang disewa diserbu anggota Jainj.

Ketika disoal, lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa, mahu pulang kerana siaran langsung perlawanan bola sepak itu telah tamat.

Menurutnya, dia singgah di hotel berkenaan bersama pasangan yang didakwanya seorang kawan, hanya untuk menonton televisyen.

“Saya singgah sekejap saja dan memang nak balik dah, datang sini pun sebab nak tengok bola,” katanya

Sewa bilik lain duduk bilik lain.


ALOR SETAR - Sewa bilik lain duduk bilik lain. Itulah antara taktik sepasang kekasih yang dikesan cuba mengaburi mata penguat kuasa ketika menyewa bilik di sebuah hotel bajet di Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini, kelmarin.

Dalam Ops Valentine itu, taktik pasangan kekasih dari Kuala Kedah dan Sungai Petani itu terbongkar selepas pihak penguat kuasa terdengar bunyi air di dalam bilik berkenaan.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang Jaik, Sheikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, ketika diperiksa, lelaki berusia 27 tahun itu bekerja di restoran, manakala pasangannya berusia 21 tahun adalah pelajar semester akhir sebuah kolej.

"Mereka memaklumkan baru sahaja berkenalan dan mereka datang ke hotel itu untuk berbual-bual.

“Kita mengesyaki pasangan ini menggunakan taktik sebegini untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada mengesan perbuatan mereka,” katanya.

Katanya, selain taktik itu, ada juga pasangan yang menyewa sebuah bilik, namun didapati tidur di bilik berlainan dan ada juga langsung tidak mendaftarkan nama mereka.

“Kami tak buat apa-apa ustaz. Kami duduk saja tengok pemandangan,”


AMPANG - “Kami tak buat apa-apa ustaz. Kami duduk saja tengok pemandangan,” itulah antara reaksi beberapa pasangan remaja yang ditahan dalam Operasi Valentine oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, awal pagi semalam.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, seramai 20 individu termasuk sembilan lelaki dalam lingkungan usia 20 hingga 30-an ditahan di Bukit Ampang.

Menurutnya, operasi bersama Rela kira-kira jam 12 tengah malam, mendapati individu yang ditahan itu dipercayai berkelakuan tidak sopan di tempat tumpuan awam.

“Ketika ditahan, sebahagian daripada mereka sedang berdua-duaan dalam kereta di kawasan gelap.

“Segelintir mereka yang ditahan itu beri pelbagai alasan antaranya baru sampai dan mahu pergi makan ke gerai berhampiran. Mereka kemudian dibawa ke Masjid Al Azim, Pandan Indah untuk sesi penerangan lanjut,” katanya.

11/02/2016

10 virus paling berbahaya


VIRUS boleh ditakrifkan sebagai ejen kecil berjangkit yang hanya boleh membiak dalam sel hidup sebarang organisma. Ia mampu menjangkiti sebarang bentuk hidupan dan terdapat kira-kira 5,000 virus yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia. Berikut adalah 10 virus paling berbahaya yang memberi ancaman kepada kesihatan manusia.

1. HIV

Ia meragut kira-kira tiga juta nyawa penduduk seluruh dunia setiap tahun. Sehingga kini, tiada vaksin untuk merawat virus kurang daya tahan melawan penyakit (HIV) itu yang pertama kali menjangkiti seorang pesakit lelaki di Republik Demokratik Congo pada 1959.

2. H1N1

Virus dikenali sebagai selesema babi ini memberi kesan kepada ramai orang di seluruh dunia pada 2009. Penyakit berkaitan pernafasan ini berjangkit juga boleh membawa maut.

3.Hepatitis C (HCV)

Ia disebarkan melalui hubungan secara terus dengan darah seperti pemindahan darah dan organ serta berkongsi jarum suntikan. Virus ini boleh merosakkan hati, sekali gus membawa kepada barah hati atau sirosis.

Lelaki pakai turban dilarang naik pesawat


MEXICO CITY - MEXICO. Seorang pelakon yang juga seorang model terkandas di lapangan terbang Mexico City selepas tidak dibenarkan menaiki pesawat akibat memakai turban, semalam.

Menurut laporan CNN, Waris Ahluwalia memberitahu pegawai penerbangan Aeromexico menyuruh beliau membeli tiket syarikat penerbangan lain atau buka turbannya.

Waris bagaimanapun tidak mematuhi arahan tersebut kerana turban adalah sebahagian daripada agamanya.

"Saya sangat kecewa dan tidak mampu bercakap lagi.

"Saya sedar mereka tidak jelas tentang turban. Mereka tidak dilatih sebaiknya. Ianya berkenaan ilmu dan polisi," kata Waris kepada CNN.

Waris yang pernah berlakon dalam filem 'The Grand Budapest Hotel' dan 'Inside Man' juga bertindak meluahkan kekecewaannya di Instagram.

Sekolah khas monyet di China


DONGYING - CHINA. Beberapa ekor monyet dilihat berlatih 'backflip' dan menjawab soalan matematik kanak-kanak, malah mampu bermain dram dan menari di sebuah sekolah.

Sekolah tersebut yang juga merupakan satu fasiliti di sebuah zoo di Dongying melatih haiwan berkenaan untuk menjadi 'artis' untuk melakukan persembahan kepada kanak-kanak.

"Sama seperti sekolah sebenar, cuma muridnya adalah monyet," kata Takeshi Soma, seorang warganegara Jepun yang juga bertugas sebagai 'guru besar' di sekolah tersebut.

Sambil berkata kepada wartawan Deccan Chronicle, Takeshi memerhatikan sekumpulan monyet yang memakai baju gaun dan menari.

Menurut Takeshi, monyet-monyet tersebut diberi pelajaran secara berkumpulan dan secara 'perseorangan'.

"Ini satu-satunya aktiviti pembelajaran yang unik di China. Tiada di tempat lain," kata Takeshi.
Katanya, tidak semua monyet menurut arahan, tetapi sifat 'degil' haiwan tersebut yang menjadikan ianya unik.

Wartawan dicabul ketika lintas langsung


COLOGNE - JERMAN. Seorang wartawan diraba dan dicium seorang lelaki ketika sedang melakukan siaran lintas langsung, Ahad lepas.

Laporan CNN mengatakan Esmeralda Labye yang bekerja untuk syarikat penyiaran tempatan, RBTF telah diraba di bahagian dada dan dicium di bahagian leher.

Selain itu, terdapat lelaki lain yang membisikan pelawaan lucah ke telinga Esmeralda ketika siaran langsung.

"Seorang dari tiga orang pengacau meraba buah dada saya. Saya betul-betul jadi hilang sabar," kata Esmeralda.

Menurut Esmeralda, beliau terpaksa memaki pengacau tersebut dari mengelakkan diri dari terus diraba.

RBTF yang juga merupakan 'rakan' kepada CNN membuat keputusan tidak mengulang siar siaran tersebut, tetapi mengedarkan dua foto kepada polis.

Polis kini dalam proses memburu pengacau-pengacau tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/global/wartawan-dicabul-ketika-lintas-langsung-1.483513


'Arwah pergi dahulu sebelum tahu saya mengandung'


SHAH ALAM - “Menghadapi rasa kehilangan orang yang rapat dengan kita bukanlah sesuatu yang mudah,” demikian luah balu wartawan pemotoran Sinar Harian, Anis Naziha Abdul Rauf yang maut dalam kemalangan pada 9 Julai tahun lalu.

Nik Norul Hidayat Nik Mustafa meninggal dunia jam 6.41 pagi di Hospital Putrajaya, setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19.6 Lebuhraya Elite.

Diselangi air mata, Anis Naziha berkata, meskipun perjalanan hidupnya tidak lagi seperti dahulu, dia harus terus kuat mengharungi hari mendatang lebih-lebih lagi dia kini sarat mengandungkan anak pertama mereka yang dinantikan sejak tujuh tahun lalu.

Nik Norul Hidayat dan Anis telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun lalu masih belum dikurniakan anak.

Menurut Anis, dia mengakui sedar terdapat beberapa perubahan yang berlaku pada dirinya dan Nik Norul Hidayat yang lebih mesra dikenal sebagai Nik.

Akan tetapi, meskipun perubahan tersebut agak ketara, Anis tidak pernah menyangka bahawa ia merupakan petanda bahawa Nik akan pergi meninggalkannya buat selamanya.

Tinggal kekasih kerana keluarga hidang santapan sederhana


JIANGXI-CHINA. Seorang wanita berusia 27 tahun sanggup memutuskan hubungan dan meninggalkan teman lelakinya apabila dihidangkan sajian bertaraf sederhana bagi sambutan Tahun Baharu Cina.

Memetik laporan Shanghaiist.com, wanita tersebut yang berasal daripada golongan berada telah bersama dengan teman lelakinya sejak setahun yang lalu.

Meskipun hubungan mendapat tentangan daripada kedua belah pihak, pasangan tersebut masih meneruskan perhubungan dan berhadap semua akan menjadi lebih baik sekiranya mereka sudah berkahwin.

Difahamkan, keluarga wanita itu bimbang lelaki itu tidak mampu menyediakan tempat tinggal untuk anak mereka sebaik sahaja mereka berkahwin.

Lelaki itu yang berasal daripada keluarga miskin, dikatakan membawa pulang teman wanitanya buat pertama kali ke kampungnya.

Mereka berdua merancang untuk bertemu dengan keluarga pihak lelaki buat kali pertama.

Kereta BMW 5 Series tiba-tiba terbakar


TANAH MERAH - Sebuah kereta mewah jenis BMW 5 Series dipandu seorang lelaki musnah apabila tiba-tiba terbakar di Felda Kemahang 3 di Gugusan Felda Kemahang, dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Hanaffi Mohd berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.51 tengah hari.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian pada jam 1.22 petang, kereta berkenaan sudah 100 peratus musnah.

"Anggota berjaya mengawal api dalam masa empat minit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 1.34 petang, manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

05/02/2016

Video: Pasangan 'melekat' ketika lakukan hubungan sulit


London: Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelacur yang melekat pada tubuh seorang lelaki berumur yang dikatakan mati ketika mereka melakukan hubungan seks, mula beredar di Internet.

Rakaman itu menunjukkan anggota paramedik menolak pengusung membawa mayat lelaki berkenaan keluar dari sebuah bangunan manakala wanita berkenaan masih berada di atas tubuhnya di bawah selimut.

Rakaman berkenaan pada mulanya disiarkan laman web berkongsi video China, Miaopai, sebelum dikongsi pengguna melalui LiveLeak.

Kejadian itu dipercayai berlaku di China tetapi tidak dapat dipastikan lokasi sebenar serta tarikh kejadian.

Larang berceramah: Hussain sedia bagi penjelasan


SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Hussain Yee bersedia untuk memberikan sebarang penjelasan kepada Kerajaan Negeri Johor sekiranya diberi peluang bagi merungkai segala kekeliruan yang timbul berhubung isu larangan berceramah di negeri berkenaan.

Menurut Hussain, sebelum larangan berkenaan dikeluarkan, dia tidak dimaklumkan serta mengadakan sebarang perbincangan dengannya terlebih dahulu bagi memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Oleh sebab demikian, beliau berharap agar Kerajaan Negeri Johor dapat memberikan ruang buat dirinya untuk mengadakan perbincangan disamping menjelaskan isu yang berlaku tersebut secara lebih terperinci bagi menggelakkan kekeliruan timbul khususnya dikalangan masyarakat bukan islam.

“Kita lihat agama Islam ini begitu cantik dan kalau ada masalah dari segi perbezaan pendapat dan maklumat, Islam telah  mengajar kita untuk selesai masalah mengikut panduan ditetapkan dalam agama.

Apple diarah bayar RM2.59 bilion


New York: Apple Inc perlu membayar lebih AS$625 juta (RM2.59 bilion) kepada VirnetX Holding Corp kerana menggunakan teknologi keselamatan Internet yang dipatenkan tanpa kebenaran dalam FaceTime dan iMessage.

Juri Persekutuan di Tyler, Texas, membuat keputusan itu hari ini selepas perbicaraan bermula pada 25 Januari lalu dan memutuskan pelanggaran hak paten oleh Apple itu disengajakan.

Keputusan itu dikatakan tidak memberi ancaman kepada Apple yang dilaporkan pada Januari lalu, mempunyai kecairan tunai AS$ 216 bilion (RM895.17 bilion) namun jumlah yang perlu dibayar itu amat tinggi untuk kes membabitkan paten.

Apple dalam kenyataannya memberitahu akan membuat rayuan serta berkata: “Kami terkejut dan kecewa dengan keputusan itu.

Terjatuh dalam lubang lif selepas tendang pintu


Beijing: Tindakan seorang remaja lelaki di China menendang pintu lif hingga rosak membawa padah apabila dia terjatuh ke dalam lubang lif berkenaan.

Rakaman kamera keselamatan di sebuah hotel, di sini menunjukkan remaja itu menendang pintu lif kerana berang ia bergerak terlalu perlahan.

Remaja yang tidak dikenali itu dilihat berlari dan terus melompat lalu menendang pintu lif berkenaan sehingga ia terkopak.

Dia kemudian berundur dan kembali semula ke pintu lif untuk melihat kerosakan yang dilakukannya.

Bagaimanapun, remaja itu secara tidak sengaja menekan pintu dengan tangannya menyebabkan dia terjatuh dan terus masuk ke dalam lubang lif berkenaan.

'Dikuburkan' teman lelaki selama lapan bulan


DODOMA - TANZANIA. Tragis dan memilukan, itulah perkataan yang boleh digambarkan terhadap nasib seorang gadis Tanzania apabila dia 'dikubur' hidup-hidup oleh teman lelakinya selama 8 bulan di ruang bawah tanah yang sempit.

Apa yang mengejutkan tujuan teman lelakinya mengkuburkan gadis itu adalah bagi memperoleh kekayaan kerana percaya bahawa tindakannya itu akan membawa hasil kekayaan kepadanya.

Kejadian itu disedari oleh masyarakat setempat disitu selepas terdengar 'bunyi aneh' daripada kawasan gadis itu dikuburkan lantas melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Saya hanya diberi makan dua kali seminggu, untuk terus hidup selama saya 'dikuburkan' sepanjang lapan bulan," kata gadis yang tidak didedahkan nama itu kepada Naibuzz.Com.

Bom meletup dalam pesawat, penumpang 'tersedut' keluar


MOGADISHU - SOMALIA. Sebuah letupan yang dilaporkan berlaku pada pesawat Somalia pada minggu ini adalah disebabkan oleh bom yang dipercayai diseludup masuk ke dalam badan pesawat, menurut sumber daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan portal Metro.co.uk, bom itu dikatakan meletup selepas 15 minit pesawat tersebut berlepas.

Tragedi itu telah menyebabkan seorang lelaki ‘disedut’ keluar pesawat dan mencederakan dua penumpang yang lain.

Pesawat itu kemudiannya berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang di Mogadishu.

Setakat ini, tidak ada mana-mana kumpulan tampil mengaku bertanggungjawab terhadap insiden terbabit, bagaimanapun dipercayai bahawa militan IS adalah kumpulan yang terlibat sebagai dalang insiden itu.

Difahamkan, penumpang yang ‘disedut’ keluar pesawat itu telah ditemui 19 batu jauhnya di kawasan Baglad, utara Mogadishu.

Mangsa berusia 55 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat kejadian tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/global/bom-meletup-dalam-pesawat-penumpang-tersedut-keluar-1.481701


Penumpang bas terkejut, gadis tiba-tiba tanggal baju


SHANGHAI - CHINA. Sebuah portal baru-baru ini melaporkan tindakan seorang gadis yang secara tiba-tiba menanggalkan bahagian atas bajunya ketika berada dalam sebuah bas awam.

Memetik laporan Shanghaiist.com, tindakan gadis yang tidak dinamakan itu dirakam dan disebarkan secara meluas menerusi aplikasi sosial terkenal, Weibo.

Difahamkan, perbuatannya itu mendapat kecaman dan kritikan rata-rata pengguna aplikasi tersebut.
Menerusi rakaman video tersebut, gadis tersebut yang pada mulanya kelihatan duduk tenang di atas kerusi penumpang tiba-tiba membuka bahagian atas bajunya sehingga menampakkan bahagian dada.

Seorang penumpang lelaki yang jelas terkejut dengan perbuatannya segera memaklumkan pemandu bas untuk menghubungi polis.

Manakala seorang lagi penumpang wanita menghampiri gadis itu sebelum membetulkan kembali baju bahagian atas gadis tersebut.

Nazar khurafat campak duit


Seremban: Segelintir individu sanggup melakukan perkara khurafat dengan membuang syiling ke dalam perigi Masjid Jamek Datuk Syahbandar Haji Ahmad Rasah di sini, yang dikatakan tidak pernah kering sejak dibina pada 1875 kononnya bagi membayar nazar.

Ia berdasarkan penemuan banyak syiling di dalam perigi sedalam kira-kira tiga meter itu dan pengurusan masjid tidak menolak kemungkinan kegiatan terbabit dilakukan orang Islam sendiri.

Kariah masjid, Hairi Jamaluddin, 43, berkata, rumah ibadat berkenaan sentiasa mendapat perhatian orang ramai termasuk yang datang dari luar kawasan.

02/02/2016

Teratai gergasi Amazon


JAUH di dalam hutan hujan Amazon, tersembunyi pelbagai spesies tumbuhan misteri.

Salah satu perkara yang membingungkan kebanyakan ahli botani ialah penemuan sejenis tumbuhan tropika yang sangat menakjubkan iaitu Victoria Amazonica.

Victoria Amazonica dikenali sebagai pokok teratai daripada spesis Nymphaeceae. Ia memiliki daun yang sangat besar, berbentuk bulat dan diameter daunnya boleh membesar sehingga lebih daripada tiga meter.

Anggaran berat setiap daunnya mencecah sehingga 31 kilogram (kg).

Teratai ini merupakan spesies semula jadi bersaiz besar tanpa melalui proses penghibridan. Ia merupakan daripada benih asal tanpa mengalami sebarang proses kacukan.

Hasil kajian mendapati bahawa rahsia tumbesaran gergasi teratai ini terletak pada kitaran hidupnya. Ia bermula sejak proses pendebungaan lagi.

122 pasangan kembar dalam satu kampung


SEBUAH perkampungan di Ukraine telah diberi jolokan sebagai Tanah Kembar selepas memecahkan rekod dengan mempunyai 122 pasangan kembar.

Kampung Velikaya Kopanya di wilayah Zakarpattia Oblast terletak dekat barat negara itu mempunyai kurang daripada 400,000 penduduk. Namun, bilangan kembar di kawasan kecil tersebut boleh dikatakan tinggi melebihi 100 orang.

Kini, kampung dengan 61 pasangan kembar berkenaan telah diiktiraf dalam buku rekod Ukraine, dan seterusnya mungkin mendapat pengiktirafan dari Rekod Dunia Guinness.

Menurut pegawai tempatan Maryana Savka, jumlah pasangan kembar yang dilahirkan di kampung terbabit adalah lebih tinggi berbanding tempat lain dan sejak tahun 2004, mereka mempunyai sekurang-kurangnya dua atau tiga kembar baharu setiap tahun.

Potong 'anu' suami sebelum bunuh diri


SICHUAN-CHINA. Lagi berita mengenai 'potong anu suami'. Kali ini kejadian berlaku di China, kejadian berlaku selepas si isteri bertengkar dengan si suami.

Menurut laporan NetEase, selepas bertindak memotong anu suamninya, wanita itu terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri.

Sementara itu, menurut seorang saksi mengatakan sejurus sebelum wanita berusia 50 tahun itu terjun dia ada mendengar wanita itu memberitahunya, bahawa dia memotong kemaluan suaminya dengan pisau ketika mereka bertengkar, hingga mengakibatkan lelaki itu mati.

"Saya ada sesuatu hendak beritahu kamu, saya telah bunuh suami saya," kata wanita itu.

Dia seterusnya memberitahu bahawa suaminya berpacaran dengan wanita lain ketika dia demam dan sering memukulnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net