05/02/2016

Nazar khurafat campak duit


Seremban: Segelintir individu sanggup melakukan perkara khurafat dengan membuang syiling ke dalam perigi Masjid Jamek Datuk Syahbandar Haji Ahmad Rasah di sini, yang dikatakan tidak pernah kering sejak dibina pada 1875 kononnya bagi membayar nazar.

Ia berdasarkan penemuan banyak syiling di dalam perigi sedalam kira-kira tiga meter itu dan pengurusan masjid tidak menolak kemungkinan kegiatan terbabit dilakukan orang Islam sendiri.

Kariah masjid, Hairi Jamaluddin, 43, berkata, rumah ibadat berkenaan sentiasa mendapat perhatian orang ramai termasuk yang datang dari luar kawasan.


“Sebahagian besar pengunjung percaya air perigi ini mempunyai pelbagai kelebihan dan khasiat termasuk menyembuhkan penyakit namun saya tidak mengetahui sejauh mana dakwaan berkenaan sama ada ia benar atau sebaliknya.

“Ramai yang datang ke sini untuk mengambil air perigi kononnya bagi dijadikan ‘ubat’ menyembuhkan penyakit termasuk penyakit buatan orang. Selepas mengambil air perigi, individu terbabit membuang syiling sebagai nazar,” katanya ketika ditemui, semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112621#sthash.PRN1cCUv.dpuf


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net