04/05/2016

UBER : Register sini, Bekas pekerja operator kilang kaut RM8000 sebulan.

Salam,

Sebenarnya dah agak lama juga teringin nak join UBER tapi rasa macam tak mendesak lagi. Hari ini 4/5/2016 tiba-tiba hati terdorong untuk datang ke pejabat UBER di PJCT Industrial Zone. Yang beralamat seperti di bawah.

Nota: Kalau ada yang tak sabar nak join boleh klik terus link ini.

https://partners.uber.com/login

Kalau ada diantara anda yang nak datang ke pejabat UBER boleh la klik terus pada google maps di bawah. Aku nak datang tempat tu bukan main payah nak cari alamat ni. Sebab tak ada provide dalam website.




Jadi aku pun datang sorang diri. Mula-mula tu nak dengar je taklimat dulu. Belum nekad sangat nak join lagi. Tapi sebelum sampai turn aku untuk dipanggil ke kaunter, sempat bersembang dengan sorang brader yang baru juga join sebulan dua macam tu.



Brader ni dari segi gaya dan perwatakan mungkin muda dari aku. Muda dalam 3-4 tahun macam tu la. Aku saje je tanya dah lama ke join UBER. Brader ni terus jawab baru je sebulan dua join. Aku pun korek la sikit-sikit macamana pengalaman sebagai pemandu UBER.

Umur baru 20+ kot bawa UBER, sama macam bawa teksi la katakan. Brader tu pun kata ok la. Aku dah berenti keje aku buat uber full time. Dulu aku keje sebulan gaji dapat 1k++ je. Aku bawa UBER ni seminggu aku boleh dapat 1k - 2k. Sembang punya sembang rupanya brader ni dulu keja operator kilang je. Keje OT sampai jam 10pm gaji baru 2k++ sebulan.

WOW!! aku terkejut. Seminggu boleh dapat 2k. Dalam otak aku terus buat kira-kira. Sebulan ada 4 minggu kalau dia dapat seminggu 2k, maknanya sebulan dapat 8k. 8K bro.. banyak tu.

Aku tanya lagi. kenapa pulak tiap minggu bukan gaji tiap bulan ke. Brader tu tersengih. UBER bayar kita tiap minggu bang. Kalau bayar tiap bulan nanti nak makan ape, dah la guna kereta sendiri, nak isi minyak guna apa. Hahaha aku pun gelak. Betul jugak.

Sembang punya sembang nama aku turn aku pun sampai. Register dan terus masuk training.

Jadi aku dah pun sah sebagai pemandu UBER.

Kalau korang berminat nak join UBER boleh la klik link di bawah. JOIN tak perlu bayar apa-apa pun.

https://partners.uber.com/login

Siapa tahu nasib berubah. Cuba tak salah, Yang salah nya bila dah ada peluang tapi tak nak cuba.

Apa yang aku faham pasal UBER ni.


  1. Kerja ikut masa sendiri (kalau nak kerja klik je Go Online In Sha Allah ada kerja yang datang.
  2. Kerja yang agak profesional (Sebab selalu kita dengar driver taxi macam2 karenah, UBER kena PRO bro)
  3. Tak perlu susah2 cari orang sebab orang akan cari kita.
  4. Duit masuk tiap minggu (Tiap hari selasa)
  5. Pandu kereta sendiri (Bila pandu kereta sendiri, cara pemanduan lebih berhati-hati berbanding pandu kereta sewa)
  6. Yang paling penting FREE. Tak perlu bayar satu sen pun untuk join.
Dah la. Banyak dah info aku bagi. Nak join boleh klik link di atas. kemudian datang training untuk activate keahlian.

Untuk sedikit info korang boleh la tonton video di bawah berkenaan UBER.




Apa yang perlu anda lakukan untuk join UBER?


  1. Isi borang online melalui link ini https://partners.uber.com/login 
  2. Upload dokumen yang diperlukan ke dalam profile pengguna anda
  3. Datang ke UBER Partner Support Centre, boleh rujuk google maps diatas. Untuk Aktifkan keahlian anda. Sebab kalau tak diaktifkan korang belum sah sebagai partner UBER, dan tak boleh ambil penumpang. 
  4. Pada masa anda datang ke Pejabat UBER terus masuk training.
  5. Dah habis training maka boleh la terus memulakan kerja sebagai pemandu UBER.

Semoga bermanfaat

Sekian Terima Kasih.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net